Connect with:




Penunggang remaja Moto3, Andreas Perez meninggal dunia akibat kecederaan serius semasa perlumbaan di Circuit de Barcelona-Catalunya pada Ahad lepas.

Pemain berusia 14 tahun, yang merupakan sebahagian daripada pasukan Reale Avintia Racing di Kejohanan Dunia Sedunia itu selepas mengalami kecederaan kepala yang teruk di Hospital Sant Pau pada pagi Isnin.

Laman web MotoGP, melaporkan kemalangan itu berlaku pada perlumbaan kedua bagi kategori Moto3 dan bendera merah dipamerkan secara serta-merta. Dia mendapat rawatan perubatan di tepi landasan sebelum dipindahkan ke hospital dengan menggunakan helikopter.

“FIM, Dorna, RFME dan Circuit de Barcelona-Catalunya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, kawan dan pasukan Perez.”

Perez mempamerkan aksi cemerlang dalam Piala Bakat Eropah tahun lalu dengan merangkul dua kemenangan dan menamatkan 2017 di tempat keempat sebelum berpindah ke Kejohanan Dunia Junior Moto3.

Sementara itu, Reale Avintia Racing di laman web mereka berkata, “Andreas Perez dimasukkan ke hospital dengan kecederaan otak yang sangat serius. Walaupun hatinya masih berdenyut namun otaknya tidak berfungsi lagi seterusnya meninggal dunia.

“Kami telah kehilangan pemandu yang hebat dan sudah pasti kami akan sentiasa merinduinya. Salam takziah buat keluarga Andreas dan kami harapi mereka tabah menghadapi masa yang sukar ini.

Rakan sejawatannya, Tito Rabat turut menzahirkan takziah buat keluarga Perez.

“Ia sangat menyedihkan selepas saya mendengar berita tentang kehilangan salah seorang ahli termuda pasukan kami. Berehatlah dengan aman, Andreas. Ucapan takziah saya berikan buat keluarga dan rakan-rakan mangsa.”

Foto Kredit: La Sexta