Connect with:




Pihak pengurusan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL) terpaksa mengambil tindakan menggugurkan Chen Zhiwen, dari pasukan Giant Cycling Team dari meneruskan perlumbaan.

Tindakan ini susulan beliau di dapati melakukan kesalahan dengan sengaja melakukan pergaduhan dengan perlumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh sejurus tamat peringkat ketiga daripada Kota Bharu ke Kuala Terengganu semalam.

Pihak LTDL 2018 terpaksa mengambil tindakan kerana jika tidak ia mampu memberi kesan buruk kepada acara ini selain memberi gambaran buruk kepada sukan berbasikal. Malah peraturan juga telah menjelaskan kepada sesiapa yang melakukan keganasan ke atas pelumba lain perlu di ambil tindakan dan ini satu tindakan yang wajar.

Dalam perlumbaan itu, De Vos Adam dari Rally Cycling berjaya menamatkan cabaran peringkat ketiga itu dengan catatan masa 3:58.18s manakala Nik Mohd Azwan Zulkiflie dair Malaysia pula sambar jersi putih (pelumba terbaik ASIA). Beliau melakukan catatan masa 12:45.45s.

Foto Kredit : Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL)