Connect with:




Pelumba muda negara pamer prestasi memberangsangkan dan mula menonjolkan bakat terpendam dalam perlumbaan pusingan empat Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Sepanjang enam pusingan perlumbaan, diketuai oleh pelumba negara, Mitchell Cheah, 19, mencatat keputusan membanggakan apabila meraih 18 keudukan di 10 kelompok teratas dan membuktikan bahawa masa depan yang cerah bagi arena perlumbaan empat roda negara.

Mitchell antara yang paling menonjol apabila cemerlang menang satu perlumbaan dan menamatkan satu lagi saingan di tangga ketiga sebelum dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Pelumba negara lain yang menyinar di Sepang adalah Adam Khalid,19, Muizz Musyaffa,15, dan anak bekas pemandu Formula Satu, Alex Yoong iaitu Alister Yoong,15.

Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif F4 SEA, berkata ia minggu yang menggalakkan bagi pelumba Malaysia.

“Mereka jelas mempunyai kemampuan dan juga kepakaran untuk melangkah lebih jauh. Kita perlu sokong dan bimbing mereka dengan betul”.

Bagi pelumba termuda di grid perlumbaan F4 SEA, Alister, beliau cepat menyesuaikan diri dan selepas dua perlumbaan, dia meraih tempat keempat pada perlumbaan tiga dan menamatkan perlumbaan empat pusingan di kedudukan sembilan serta dinobatkan pelumba baru terbaik pusingan itu.

Perlumbaan pusingan kelima dan terakhir F4 SEA berlangsung April depan di Sepang.

 

Foto Kredit :  carsifu(dot)my