Connect with:




Apa yang akan anda lakukan jika dalam suatu perlumbaan, pesaing lain melanggar anda sehingga jatuh? Adakah anda meneruskan perlumbaan atau anda cuba membalas dendam?

Jika anda membalas dendam, anda sama seperti pelumba motosikal dari Indonesia ini.

Insiden ini berlaku ketika perlumbaan Race Road Juara Kejohanan Seri Jawa Timur, perlumbaan motosikal trek pendek di bandar Bondowoso, Indonesia.

Penunggang yang dikenal pasti media tempatan sebagai Dimas digasak hingga jatuh di awal perlumbaan sebelum dia cuba membalas dendam terhadap pesaingnya, M Hassan.

Ketika pelumba ingin melakukan pusingan, Dimas dengan sengaja menyiku Hassan menyebabkan dia terjatuh sehingga terkena palang penonton.

Selain orang ramai yang marah dengan perbuatan itu, Hassan yang jelas berang berjalan ke arah beg pasir yang dijadikan sebagai penghadang tengah. Anda cuba teka apa yang dia lakukan?

Sudah pasti, dia terus mengambil beg pasir itu dan dengan tenang menunggu Dimas untuk kembali kepusingan dimana dia jatuh.

Dimas yang melihat Hassan cuba mengelak dari dibaling beg pasir tersebut tetapi tidak berjaya. Tanpa melengahkan masa, Hassan berjaya membaling beg pasir itu terus ke tayar depan motosikal lawannya.

“ Susulan insiden itu, kedua-dua pelumba disingkirkan secara serta-merta dari kejohanan berkenaan,” ujar penganjur perlumbaan itu.

Foto Kredit: Newsflare