Connect with:




Tidak dinafikan aktiviti fizikal sudah semestinya akan mengeluarkan peluh. Mekanisma pengeluaran peluh mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan kita seperti membakar lemak, membebaskan hormone endorfin dan pelbagai lagi. Selain melancarkan peredaran darah, cecair peluh juga akan menyejukkan badan untuk menstabilkan haba yang terperangkap didalam badan.

1) MANDI SELEPAS BERSENAM

Mandi bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh badan anda selepas bersenam, malah bakteria atau peluh yang terdapat di badan anda juga akan terhapus dengan pengaliran air ketika mandi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan agen pencuci seperti sabun antibakteria untuk cucian badan yang lebih bersih.

2) TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG SAMA

Elakkan memakai pakaian yang sama selepas bersenam kerana peluh yang diserap oleh pakaian itu akan menyebabkan terkumpulnya bakteria sebelum ini. Bakteria boleh hidup dalam suhu bilik dan memakai kembali pakaian tersebut akan menyebabkan penyakit-penyakit kulit seperti bisul dan juga ruam.

3) MEMAKAI DEODORAN ATAU ANTIPELUH

Setiap kali sebelum bersenam atau melakukan aktiviti fizikal, pastikan anda memakai deodoran atau antipeluh untuk mencegah bakteria yang terkumpul dikawasan-kawasan pelipat ataupun tidak terdedah kepada udara seperti dibawah lengan atau kaki. Hal ini menyebabkan penyingkiran bau badan yang kurang enak dan akan menghalang bakteria dari terus membiak dan menyebabkan penyakit kulit. Antipeluh pula bertindak untuk menutup liang roma daripada mengeluarkan peluh dengan banyak.

4) TRIM & CUKUR BAWAH LENGAN DAN PELIPAT

Bulu yang panjang dan tidak dijaga rapi berkemungkinan besar akan menjadi tempat terkumpulnya bakteria dan kuman yang akan menyebabkan bau badan dan penyakit kulit. Oleh itu, amat penting untuk mencukur dengan kerap supaya tempat pembiakan bakteria ini tidak berterusan. Jika mempunyai kulit yang sensitif, trim atau kemaskan sahaja sudah mencukupi.

5) TIDAK BERKONGSI PAKAIAN

Pakaian yang dikongsi dengan orang lain juga boleh menyebabkan penyebaran bakteria berlaku secara aktif. Jika anda bermain dalam pasukan, kebanyakan pakaian seragam adalah dikongsi bersama rakan-rakan sepasukan. Setiap individu mempunyai sensitiviti kulit yang berbeza, jadi perkongsian pakaian akan menyebabkan perpindahan bakteria badan dari satu individu ke individu yang lain.

STOKING BERNOMBOR FIGOS

Untuk pasukan bola sepak, Figos Sports Malaysia telah memperkenalkan perlabelan untuk stoking dimana setiap stoking akan mempunyai nombor mereka sendiri. Perkara ini sudah diamalkan di pasukan bola sepak luar negara di mana para pemain tidak perlu berkongsi dengan rakan sepasukan lain atas faktor kebersihan. Selain itu, stoking ini datang dalam pelbagai warna untuk pasukan tempatan anda.

Nantikan ‘give-away’ stoking ini dari kami khas untuk anda pembaca di Dunia Sukan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Figos, anda boleh ke laman sosial media Figos Sport di pelbagai platform (facebook, Instagram dan laman web).

Anda juga boleh dapatkan produk-produk ini di DStore, laman e-commerce Dunia Sukan.