Connect with:




Program Podium akan memberi penembak kebangsaan, Johnathan Wong Guanjie peluang untuk meningkatkan prestasinya.

Pembantu jurulatih negara, Mohd Sabki Mohd Din berkata Jonathan perlu wajar dengan mengambil peluang ini dengan sepenuhnya.

“Program ini dapat memberikan peruntukan dan pendedahan, jadi ini merupakan peluang yang terbaik buatnya,” katanya.

Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan seramai 146 atlet telah dipilih dalam Program Podium namun hanya Jonathan tersenarai dari sukan menembak.

Pada 2016, Jonathan merupakan satu-satunya penembak untuk mewakili pasukan tanah air di Sukan Olimpik.

Atlet berumur 25 tahun itu menjadi penembak yang keempat untuk mewakili Malaysia di Sukan Olimpik selepas Bernard Yeoh (Athens 2004), Hasli Izwan Amir Hasan (Beijing 2008) dan Nur Suryani Taibi (London 2012).

 

‘SNIPER’ TERHANDAL DI DUNIA

Foto Kredit: Quizmaster Trivia

Simo ‘Simuna’ Häyhä

  • Lahir di kota Rautjärvi, Viipuri Province, Finland.
  • Lebih dikenali sebagai White Death.
  • Berkhidmat sebagai penembak jitu untuk tentera Finland menentang tentara merah Soviet (Red Army) semasa Pertempuran Kollaa.
  • Menurut sumber Barat, semasa Perang Dingin (Cold War) antara Finland dan Soviet Union, Simo berjaya mengukir namanya sebagai sniper terhandal di dunia dengan membunuh sebanyak 505 tentera merah Soviet.
  • Rekod membunuh terbesar dalam peperangan itu dilakukannya kurang dari 100 hari.

 

Rekod Pembunuhan Simo Häyhä dari dokumen tentera Finland (Dari awal perang, 30/11/1939)

 

22 Disember 1939 : 138 pembunuhan
26 Januari 1940 : 199 pembunuhan
17 Februari 1940 : 219 pembunuhan
7 Mac 1940 : 259 pembunuhan (Ketika Simo Häyhä cedera parah)

 

Foto Kredit: amphibia.asia