Peluncur ski negara, Julian Yee mengambil pendekatan untuk bertenang dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Julian yang akan beraksi di Arena Ais Gangneung, Jumaat ini, berkata dia sudah bersedia sejak tiba di Korea Selatan, minggu lalu.

“Walaupun ini Sukan Olimpik, tetapi persediaan saya sama seperti kejohanan lain,” kata Julian yang dibimbing bekas peluncur kebangsaan Jerman, Michael Hopfes.

“Kami berada di landasan sebenar dari segi persediaan dan semakin selesa berlatih di sini. Kami mengikut jadual yang ditetapkan, yang biasanya sehari sekali menggunakan gelanggang ais. Kami akan ke gimnasium jika ada masa untuk latihan kondisi,”.

Julian yang diberi penghormatan untuk membawa bendera kontinjen negara, menambah upacara pembukaan itu begitu istimewa buat dirinya.

“Diberi penghormatan untuk membawa bendera dan berarak dengan pasukan, sesungguhnya ia begitu istimewa. Sungguh berbeza berada di sini berbanding dengan sekadar menontonnya di televisyen.

Turut beraksi di Pyeongchang ailah seorang lagi peserta negara, Jeffrey Webb. Ini kali pertama malaysia mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Foto Kredit : youtube(dot)com