Connect with:




Jurulatih Mongolia, Michael Weiss menyedari kerja keras yang dilakukan skuad Harimau Malaya untuk menang apabila pasukannya bakal bertembung dalam perlawanan persahabatan FIFA ‘A’ di Stadium Nasional di Bukit Jalil hari ini.

“Ini perlawanan pertama Tan Cheng Hoe, saya harap skuadnya boleh menang,” kata Weiss kepada rakan sejawatannya Tan Cheng Hoe sebelum persidangan akhbar.

Cheng Hoe menggantikan jurulatih yang berasal dari Portugis, Nelo Vingada sebagai jurulatih negara pada Disember lalu.

Sementara itu, pasukan kebangsaan itu telah mencatat rekod tanpa kemenangan selepas kemenangan terakhir menang 3-2 ke atas Kemboja pada peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup pada November 2016.

Malaysia juga telah kalah lapan daripada 10 perlawanan yang disertai menyebabkan ranking mereka turun pada nombor 178 minggu lalu.

Jurulatih berusia 50 tahun itu juga perlu menggalas cabaran besar negara untuk mengubah nasib pasukan Malaysia memandangkan ini adalah perlawanan pertama di bawah bimbingannya.

Walau bagaimanapun, pemain Mongolia yang terdiri daripada pemain liga ‘semipro’ membuka peluang cerah buat skuad kebangsaan memacu kejayaan mereka untuk kembali kepada tahap yang lebih baik.

Menjelang perlawanan persahabatan esok malam, dia juga mahu pemain-pemain negara melupakan rekod tanpa kemenangan 10 perlawanan lalu dan fokus kepada perlawanan pertama antarabangsa buat skuad senior untuk tahun ini.

“Tekanan itu pasti ada, tetapi saya mahu anak-anak buah saya mengambilnya sebagai cabaran.

”Perlawanan persahabatan pertama saya untuk tahun 2018 dan ini adalah peluang yang baik untuk kami memulakannya sekali lagi. Saya sangat positif mengenainya walaupun hanya mempunyai masa yang singkat untuk membuat persediaan yang rapi.

“Saya mahu melihat semua pemain memberi tumpuan 100%, bermain sebagai satu pasukan, dan melakukan aksi terbaik,”katanya.

Ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe menegaskan Harimau Malaya perlu berwaspada dengan semangat juang yang dibawa pasukan Mongolia biarpun mereka merupakan pasukan semi pro.

Foto Kredit: Asiana