Berada di ranking nombor dua dunia, jaguh perseorangan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menyatakan walaupun peluang terbuka cerah untuk menghuni kembali kedudukan pemain nombor satu dunia, namun itu bukan keutamaannya ketika ini.

Jika dia berjaya merangkul emas pada kejohanan Seluruh England di Birmingham dari 14 hingga 18 Mac depan, dia mampu merampas kembali kelompok teratas dunia daripada dari Denmark.

Menurut Harian Metro, fokus utamanya untuk musim ini adalah kejohanan penting seperti Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Sukan Asia. Bagi Lee Chong Wei, status kedudukan tidak lagi menjadi keutamaan buatnya memandangkan dia pernah menjadi pemain nombor satu dunia dalam tempoh selama enam hingga tujuh tahun sebelum ini.

Untuk saingan Seluruh England kali ini, pusingan pertama yang akan dihadapi oleh Chong Wei adalah menentang pemain Brazil, Ygor Coelho dan akan berdepan sama ada pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau Lee Dong Keun dari Korea Selatan pada pusingan kedua.

Kemungkinan, musuh tradisinya yang juga juara dunia lima kali dari China, Lin dan dijangka menanti pada suku akhir nanti.

Bagi Axelsen pula, dia baru selesai menjalani pembedahan buku lali pada 15 Februari lalu dan perlu berehat sekurang-kurangnya tiga hingga lima minggu dan berkemungkinan besar tidak dapat menyertai kejohanan di Birmingham itu.