Pengurus West Ham, Manuel Pellegrini dan isterinya telah diserang dengan senjata oleh sekumpulan gengster di Chile.

Pellegrini, 64, yang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris ketika membimbing Manchester City pada tahun 2014, sedang dalam perjalanan ke sebuah restoran di Santiago bersama isterinya dan dua lagi rakan apabila mereka menjadi sasaran oleh kumpulan gengster.

Jurucakap West Ham United berkata : “Kami berasa lega mendengar bahawa Manuel dan isterinya tidak tercedera.”

Dalam tweet yang ditulis dalam bahasa Sepanyol, Pellegrini mengucapkan terima kasih kepada polis Chile kerana cepat dan berani bertindak.

Pellegrini yang berasal dari Chile, dilantik sebagai pengurus West Ham pada bulan Mei.

Pengerusi bersama kelab, David Sullivan, telah menghubunginya dan memberikan ucapan dan sokongan kepada Pellegrini.

Akhbar Chile, La Cuarta, berkata dompet isteri Pellegrini telah diambil oleh kumpulan berkenaan.

Seorang pegawai memberitahu akhbar bahawa geng berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah polis sebelum memandu kereta Porscheyang dicuri.

Satu lagi laporan berita tempatan berkata, pegawai polis telah memperoleh kembali dompet berkenaan di dalam kereta yang ditinggalkan.

Bekas pengurus Manchester City dan Real Madrid itu meninggalkan tugasnya dengan Hebei China Fortune bulan lepas unutk kembali ke kancah Liga Perdana.

Foto Kredit :dailypost(dot)ng