Connect with:




Pelayar muda negara, Fauzi Kaman berjaya mengubai kekecewaan kontinjen negara selepas Azizulhasni Awang dan skuad skuasy berpasukan wanita negara terlepas genggaman emas hari ini.

Fauzi, 16 tahun menghadiahkan pingat emas tunggal dalam acara pelayaran di Pusat Pelayaran Kebangsaan Indonesia dekat Ancol, hari ini.

Fauzi jelas unggul dalam saingan kelas Open Laser 4.7 sejak hari pertama pada penampilan sulung di Sukan Asia.

“Saya amat gembira kerana berjaya merealisasikan impian mencari emas di sini,” kata Fauzi, dipetik dari Harian Metro.

Skuad pelayaran negara turut berjaya menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa.

Perak diraih Khairulnizam Mohd Afendy dalam acara Laser Standard lelaki sementara gangsa diperoleh menerusi Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara Laser Radial.

Dua lagi gangsa dikutip dalam acara 470 wanita menerusi Nuraisyah Jamil dan Norashikin Mohamad Sayed serta acara Mix RS One yang disumbangkan Illham Wahab serta Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman.

Foto Kredit: The Star