Kimi Raikkonen dihadapkan ke mahkamah selepas seorang pelayan memfailkan tuntutan saman sebanyak RM1 juta di atas tuduhan salah laku seksual di Grand Prix Kanada dua tahun lalu.

Pelayan itu mendakwa bahawa juara dunia Formula Satu 2007 itu menyentuh dadanya ketika mabuk di bar.

Pada mulanya, wanita itu membuat tuduhan secara dalam talian pada 2016, walaupun tidak menamakan siapa yang terbabit.

Namun, awal tahun ini pelayan itu menyiarkan cerita susulan yang mengatakan dia telah melindungi Kimi cukup lama dan pada bulan April lalu, dia menceritakan segalanya kepada pihak polis.

Raikkonen, 38, menafikan tuntutan berkenaan dan mendakwa bahawa dia menjadi mangsa pemerasan. Menerusi peguamnya, yang telah membuat tuntutan balas terhadap peras ugut itu berkata : “Pelanggan kami menjelaskan bahawa semua yang dilakukan wanita ini adalah haram. ”

Tetapi Kamie Benizri, pengasas Undang-undang Logik, firma yang mengwakili penuduh itu memberitahu Autosport : “Ini bukan persoalan mengenai wang atau cara ingin melunaskannya. Ia adalah persoalan ntuk cuba memahami apa yang berlaku pada 2016.”

Dia juga berkata aduan Raikkonen adalah seperti cuba membunuh semut di dalam bazooka.

Namun Presiden ferrari, Sergio Marchionne berkata : Kami menyiasat kes itu secara mendalam dan kami tahu bahawa Kimi tidak terlibat. Kami sentiasa berdiri di belakangnya dan bersedia untuk mempertahankannya daripada semua aspek.”

Foto Kredit : dailymail(dot)co(dot)uk