Connect with:




Bintang larian Israel, Lonah Salpeter menghadapi insiden yang sangat mengecewakan berikutan beliau meraikan kemenangan Pingat Perak  dalam perlawanan akhir 5000m wanita di kejohanan European Championship Berlin 2018, semalam.

Pelari kelahiran Kenya itu mengejutkan penonton yang hadir apabila meraikan kemenangan satu pusingan lebih awal sebelum dipintas oleh pemenang sebenar iaitu Sifan Hassan.

Beliau kemudian hanya menyedari masih dalam perlumbaan apabila dipintas dua lagi pelari dari Tukri dan Britain.

Lonah yang kelihatan sedih terus rebah ke tanah sebelum menangis selepas mendapat kedudukan tempat keempat secara keseluruhannya.

Sementara itu, Sifan Hassan yang berasal dari Jerman itu merekodkan pingat emas kejohanan dengan catatan masa 14 minit 46 saat.

Namun bagi para peminat sukan larian, perkara ini menjadi salah satu momen pahit yang terjadi sepanjang kejohanan ini diadakan.

Foto Kredit: Time of Israel


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik link https://duniasukan.com/my-account/