“Buat masa ini saya masih tidak nampak seorang pemain pelapis yang mampu menandingi kemampuan Datuk Lee Chong Wei untuk menjadi pemain nombor satu di Malaysia,”

 

Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh bekas jaguh beregu badminton negara, Datuk Razif Sidek dalam satu sesi temubual bersama wartawan Dunia Sukan.

 

“Memang sukar untuk kita menafikan kebolehan LCW, malah kita masih tidak nampak pemain yang boleh menggantikan tempat beliau,

 

“Buat masa ini saya lihat barisan pemain muda seperti Lee Zii Jia, Iskandar zulkarnain, Lim Chi Wing dan Soong Joo Ven masih belum boleh menggantikan LCW, mungkin saya lihat ianya dari faktor umur yang masih muda,

 

Bagi persediaan kelayakan Piala Tomas 2018 pula, Razif melihat skuad negara yang ada buat masa ini adalah pasukan yang kuat untuk tampil sebagai pesaing hebat dalam kejohanan Badminton Berpasukan yang akan diadakan di Alor Setar, Kedah.

 

“Pandangan saya, ia satu pasukan yang kuat untuk menghadapi Piala Thomas di Bangkok,

 

“Tapi saya percaya Datuk Misbun Sidek dan Chiah Soon Kit telah mempersiapkan pasukannya dengan rapi dalam cabaran pertama di Alor Setar sebelum mereka layak ke Bangkok,

 

“Saya berharap pemain-pemain muda akan lebih menyerlah dan tidak terlalu mengharapkan LCW sebagai penyandang pasukan negara kerana ini adalah kejohanan berpasukan dan ianya memerlukan kerjasama yang kuat dalam pasukan,” katanya di Sport Arena Puchong.

 

Beliau juga berharap barisan pemain muda dapat iktibar dari kejayaan LCW untuk berkeja lebih keras dan menjadi penganti seperti LCW.