Connect with:




Hafau Júlíus ‘Thor’ Björnsson, siapakah manusia ini? Beliau merupakan pelakon yang memainkan peranan ‘ The Mountain’ dalam Game of Thrones yang berjaya dinobatkan gelaran sebagai ‘The World’s Strongest Man’ (WSM) bagi tahun 2018.

Mungkin beliau sudah menjadi bintang antarabangsa yang terkenal selepas memainkan watak yang sempurna dalam siri itu namun beliau sekali lagi telah mengambil langkah drastik untuk memberi lebih tumpuan pertandingan WSM berbanding lakonan.

Pertandingan tahunan itu diadakan di Manila, ibukota Filipina, di mana bekas pemain bola keranjang Björnsson ini akhirnya mendapat gelaran tersebut dalam perjalanannya ke pentas podium WSM.

Usaha kerasnya membuahkan hasil apabila beliau telah bertanding dalam pertandingan ini sejak tahun 2011 tatkala ini merupakan tahun ketujuh beliau bersaing untuk merebut gelaran ini.

Selepas bintang antarabangsa yang berusia 29 tahun ini mendahului kumpulan kelayakan, Bjornsson mendominasi di peringkat akhir apabila memenangi perlawanan ‘Overhead Press’ dan ‘Perlumbaan Pemunggahan’ untuk menjamin kemenangan pertama secara keseluruhan.

Bjornsson memenangi perlawanan tersebut dengan 51.5 mata diikuti oleh Mateusz Kieliszkowski dari Poland (45 mata) dan di belakangnya adalah Brian Shaw dari Amerika Syarikat (44 mata).

Dalam pada itu, bekas pemenang WSM memberikan ucapan tahniah kepada Bjornsson di media sosial:

“Amaran berjaga-jaga! Dari satu kejuaraan ke kejuaraan yang lain… Syabas Bjornsson, anda layak menang.”

Foto Kredit: CBS Sport