Connect with:




Menteri Pendidikan, Penisimani Fifta telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengharamkan wanita bermain ragbi di sekolah yang dibiayai kerajaan negeri di Tongga.

Dalam kenyataan tersebut, Fifita berkata larangan itu dikeluarkan kerana ia menentang tradisi dan budaya Tongga bagi kanak-kanak perempuan untuk bermain ragbi.

Namun, pemain antarabangsa Australia yang berketurunan Tonga, Caroline Fair membalas kenyataan kerajaan dengan menganggap larangan itu sebagai sesuatu yang “menggelikan”.

” Saya amat terkejut dan perkaera ini tidak boleh dibiarkan,” katanya kepada ABC Pacific Beat.

‘Dengar suara majoriti rakyat, bukan dari kerajaan sahaja’

Aktivis hak wanita Tonga, Ofa Guttenbiel Likiliki mengkritik larangan bermain ragbi dalam kalangan wanita, yang menurutnya tindakan itu berat sebelah termasuklah dari pandangan Perdana Menteri, Akilisi Pohiva, dan tidak mengdengar sebulat suara dari majoriti kaum Tonga.

Pemain antarabangsa Australia, Caroline Fairs berkata larangan bermain ragbi dalam kalangan pelajar perempuan di Tonga itu “melucukan”. FOTO KREDIT: CAROLINE FAIRS

“Dia tidak menyokong gadis-gadis muda yang bermain ragbi, kerana pandangan peribadinya merasakan ia akan menghilangkan martabat gadis yang bermain ragbi kerana itu adalah sukan lelaki,” kata Ofa.

“Saya juga tidak percaya bahawa pandangan dan perspektif peribadi ibu bapa pelajar diambil.

“Saya fikir mereka ada peluang untuk bersuara bukan sahaja ibu bapa, malah dari para pelajar sendiri.”

Dalam pada itu, berita mengenai larangan itu telah diuar-uarkan di seluruh dunia dan terbaru, perdana menteri New Zealand, Jacinda Ardern menjelaskan semua wanita muda harus dibenarkan untuk bemain apa sahaja sukan yang mereka pilih.

Pengumuman itu juga membangkitkan perdebatan dalam talian(portal) mengenai persoalan sama ada sukan dan kebudayaan perlu digabungkan, terutamanya di negara seperti Tonga.

Malah, kebanyakan wanita di sana kurang bernasib baik dalam politik dan keganasan rumah tangga semakin berleluasa.

Ketua Jurulatih kelab di Tonga juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh kerajaan.

“Terdapat ramai wanita yang bermain ragbi pada masa kini, sama ada di liga ragbi atau kesatuan ragbi atau mana-mana jenis sukan.

“Semoga kerajaan dan menteri akan mendengar suara orang ramai dan melihat wanita-wanita muda ini kecewa. Mudah-mudahan ia dapat dikembalikan semula.

Sumber: Pacific Beats

Foto Kredit:  Tonga Women’s Rugby Association