Pakar pukulan sudut terbaik dunia, Gonzalo Peillat tidak terlalu selesa dengan status pemain bernilai tinggi sebaliknya dia akan melakukan yang terbaik bagi pasukan Terengganu Hockey Team (THT) bagi aingan Liga Perdana TNB 2018.

 

Peillat yang mengikat kontrak dengan gaji melebihi RM80,500 bersama pasukan pantai timur itu juga telah menjadi tulang belakang kejayaan Argentina merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

 

Dia juga tidak terlalu memikirkan soal gaji bahkan lebih tertumpu pada saingan liga yag bakal berlangsung tidak lama lagi.

 

Dia yang berhijrah ke Malaysia selepas diyakinkan oleh rakannya, Pablo Trevisan yang kini sudak beraksi selama empat musim dalam kempen Liga Hoki Malaysia.

 

Difahamkan, Peillat menerima bayaran gaji tertinggi ketika penjaga gol UniKL dari Ireland, David Harte dan pertahanan Belanda, Sander de Vijn kedua tertinggi dengan AS$12,000 (RM48,000).