images

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuktikan mereka antara pasukan yang perlu diberi perhatian selepas mencatatkan kemenangan kedua liga. Lebih menarik, pasukan kendalian R.Nalathamby kini mencatat 9 gol tanpa bolos dalam 2 perlawanan setakat ini.

Kemenangan baru The Cops kali ini dicatakan di Stadium KLFA, Cheras dimana mereka membelasah tuanrumah, Kuala Lumpur 4-0 yang sebelum ini menewaskan PDRM dalam final Piala KL beberapa minggu yang lalu.

Pada mulanya perlawanan bermula agak hambar dengan keadaan padang yang dipenuhi air akibat hujan merencatkan pergerakan bola. Mimpi ngeri Kuala Lumpur bermula selepas terpaksa bermain dengan 10 orang hasil layangan kad merah kepada Ahmad Jihad Ismail.

Bertambah buruk, penjaga gol Azizon Kadir terpaksa digantikan akibat kecederaan dan selepas itu, bermulah pesta jaringan PDRM dengan Khairul Amar menjaringkan gol pada minit 64, Dzul Haikal minit ke 83, Afif Amiruddin (90) dan Khairul Izuan (91).

PDRM kini bersaing hebat dengan Sarawak dan Kedah yang mana kedua-duanya turut mengekalkan rekod bersih setakat ini.

Sarawak membelasah UiTM 5-0 di Stadium Negeri, Kuching dengan Bobby Gonzales menjadi wira Bujang Senang menerusi 2 gol jaringannya selain Ivan Babic, Joseph Kalang Tie dan Guy Bwele turut menjadi pencetak gol.

Pemain-pemain Sarawak meraikan gol pertama yang dijaringkan oleh Bobby Gonzales seawal minit yang kedua.

Pemain-pemain Sarawak meraikan gol pertama yang dijaringkan oleh Bobby Gonzales seawal minit yang kedua.

 

Kedah pula hanya berpuashati dengan kemenangan tipis 1-0 keatas POS Malaysia di Alor Star menerusi jaringan tunggal sepakan penalti Nelson Sam Martin.

Lain-lain keputusan menyaksikan Sime Darby menang 3-1 keatas Sabah, Johor menang ditempat lawan dengan keputusan 2-0 keatas NS Betaria dan SPA Putrajaya menewaskan Perlis 4-2.

Perlawanan ketiga Liga Premier seterusnya akan berlangsung pada 14 Januari nanti.