KUALA TERENGGANU, 13 Nov – Harga pas bermusim untuk menyaksikan semua pertandingan bola sepak Liga Malaysia di Terengganu musim 2013 dinaikkanantara RM100 dan RM200.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Abdullah Salleh berkata kenaikan itu membabitkan tempat terbuka dan tempat berbumbung.

“Harga tempat terbuka dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sementara tempat berbumbung RM500 berbanding RM300 sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Abdullah berkata kenaikan harga pas bermusim itu diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan PBSNT dalam sidangnya semalam. Beliau berkata pas bermusim itu boleh digunakan untukpertandingan-pertandingan Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata harga tiket semasa masih dikekalkan seperti tahun-tahun yang lalu iaitu RM10 bagi tempat terbuka dan RM20 bagi tempat berbumbung.

Peminat-peminat yang ingin mendapatkan pas bermusim boleh membuat permohonan sekarang di pejabat PBSNT memandangkan sepak mula Liga Super akan diadakan 8 Januari 2013.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Abdullah di talian 019-9561751 atau pejabat PBSNT 09-623400