Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba, Pavilion Kuala Lumpur – destinasi membeli-belah terulung di Malaysia telah menjalankan kerjasama dengan LEGO® Malaysia untuk menjemput para pengunjung merasai suasana hiasan unik Hari Raya sehingga 2 Julai ini.

Pavilion KL sekali lagi diberi penghormatan oleh Malaysia Book of Records untuk “Biggest Mosaic diperbuat daripada permainan LEGO®’ di Malaysia.

Di tengah-tengah sambutan Hari Raya terletaknya Mosaic hiasan, yang terdiri daripada lebih 87,000 keping bata LEGO®. Berukuran 8 meter panjang dan 3 meter lebar, yang Mosaic menampilkan ikon negara dan melambangkan perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.

Pavilion KL turut meneruskan inisiatif membantu mereka yang memerlukan menerusi sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 10 rumah kebajikan kanak-kanak dan Ibu Tunggal. Cek telah disampaikan Puan Sri Cindy Lim yang turut menyampaikan ‘Duit Raya’ kepada kanak-kanak dijemput dan ibu tunggal.

Selain itu, bersempena Aidilfitri ini, pelbagai acara sampingan bakal dianjurkan Pavilion bagi memeriahkan lagi suasana raya kepada para pengunjung menerusi program ‘Let’s Go Raya’. Antaranya ialah acara kebudayaan termasuk persembahan kompang dan rebana ubi, jualan ‘Drive The Sale’ oleh Lexus dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Pavilion KL di www.pavilion-kl.com serta laman sosial media mereka.