Kejayaan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang meraih gelaran juara dunia keirin sudah hampir sebulan berlalu namun bahang kejayaan tersebut masih tetap dirasai sehingga hari ini.

The Pocket Rocketman terus dikeremuni peminat selain mendapat penghargaan baik dari sektor kerajaan mahupun swasta. Terbaharu, anak kelahiran Dungun ini diraikan dalam satu majlis oleh destinasi membeli belah terkemuka ibu kota, Pavilion KL.

Menerusi inisiatif “Heroes At Heart”, Pavilion meraikan kejayaan Aizuzlhasni yang telah meletakkan nama negara di peta dunia dengan menghadiahkan baucar ‘Pavilion Experience’ sebanyak RM 20 000.

Bagi Azizulhasni, beliau sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh Pavilion dan para pengunjung.

“Saya sangat berterima kasih kepada pengurusan Pavilion KL yang menganjurkan acara sebegini untuk meraikan kejayaan saya di Hong Kong tempoh hari.

“Bagi saya, acara hari ini boleh menjadi platform untuk mereka di luar sana datang ke Pavilion bukan sekadar untuk membeli belah malah pada masa yang sama turut dapat mlakkan aktiviti-aktiviti yang sihat” kata Azizulhasni.

Dalam majlis yang sama juga, Pavilion mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengikut jejak langkah Azizulhasni dengan mempromosikan KL Carfree Mornings yang diadakan pada Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan.

Pavilion KL akan menukarkan Chulan Entrance sebagai sebuah tempat letak basikal di samping menawarkan kopi percuma kepada 100 pelanggan pertama di Mercato Cafe yang baharu sahaja dibuka.