Connect with:




Setiap edisi Piala Dunia, pasti akan ada pasukan yang akan mencatat kemenangan besar sama ada di peringkat kumpulan mahupun peringkat kalah mati. Penulis 29 akan menyenaraikan beberapa pasukan bermula dari edisi 2002 hingga edisi 2014.

Piala Dunia 2018 semakin menghampiri dan bahang kejohana terus di rasai memandangkan kejohanan ini diadakan empat tahun sekali. Mari kita kembali ‘flashback’ beberapa perlawanan yang pernah mencatat kemenangan besar.

German Vs Arab Saudi

Foto Kredit : worldpress(dot)com

Diundi bersama German dalam kumpulan E, sudah tentu bukan kerja mudah untuk Arab Saudi dan seperti dijangka, Arab Saudi menjadi mangsa belasahan kepada Jerman ketika itu apabila mereka berkenduri gol 8-0.

Foto Kredit : dailymail(dot)co(dot)uk

Miroslov Klose antara yang mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut. Edisi ini juga menyaksikan Jerman layak hingga ke perlawanan akhir sebelum terpaksa akur dengan kehebatan Brazil. Mereka tewas 0-2 kepada Brazil.

Argentina vs Serbia and Montenegro

Piala Dunia edisi 2006, Argentina menjadikan Serbia and Montenegro mangsa belasahan mereka apabila mencatat kemenangan6-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan C ketika itu. Argentina juga muncul juara kumpulan dan Serbia and Montenegro pula ditangga tercorot kumpulan tanpa sebarang kutipan mata.

Foto Kredit : dailymail(dot)co(dot)uk

Namun perjalanan Argentina di Piala Dunia 2006 tidak begitu baik apabila mereka tewas di pusingan kedua di tangan Jerman menerusi sepakan penalti. Edisi ini menyaksikan Itali muncul juara menewaskan Francis 5-4 menerusi sepakan penalti.

Portugal vs Korea Utara

Foto Kredit : zimbio(dot)com

Piala Dunia seterusnya pada 2010, Portugal muncul pasukan yang mencatat kemenangan paling besar apabila ‘kendurikan’  Korea Utara 7-0 dalam aksi peringkat kumpulan G. Malah tular di media sosial bahawa pemain yang bermain untuk Korea Utara ketika itu telah dihukum kerja selama beberapa tahun.

Namun kemenangan besar mereka dalam aksi peringkat kumpulan ternyata tidak mampu membawa mereka mara lebih jauh apabila tewas 0-1 di pusingan kedua kepada Sepanyol. Piala Dunia 2010 juga menyaksikan Sepanyol mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia buat pertama kalinya apabila menewaskan Belanda, 1-0.

Belanda vs Sepanyol

Foto Kredit : banyumasnews(dot)com

Tampil dengan reputasi selaku juara Piala Dunia edisi lepas, seakan-akan takdir ingin mereka bertemu sekali lagi apabila pertemuan mereka ibarat ulangan ‘final’ 2010.

Namun cerita kali ini berbeza apabila Belanda ternyata membalas dendam yang terpendam selama 4 tahun dengan mengaibkan Sepanyol dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B. Belanda menewaskan Sepanyol 5-1 dalam perlawanan tersebut.

Foto Kredit : harimaumalaya(dot)sokernet(dot)com

Piala Dunia 2014 menyaksikan Belanda meraih tempat ketiga setelah tewas kepada Argentina menerusi penentuan sepakan penalti di separuh akhir.

Francis vs Switzerland

Foto Kredit : fifa(dot)com

Switzerland juga antara pasukan yang tidak terlepas terpahat dalam sejarah Piala Dunia antara pasukan yang tewas dengan jaringan besar kepada lawan mereka.

Diundi dalam kumpulan E bersama Francis, ternyata Switzerland bukan ‘standard’ mereka apabila tewas 2-5 kepada Francis dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Namun kemenangan besar mereka ini hanya mampu membawa mereka hingga ke suku akhir sebelum tewas kepada Jerman.

Jerman vs Brazil

Foto Kredit : sportmedia(dot)mk

Perlawanan antara Jerman dan Brazil juga terukir dalam catatan sejarah Piala Dunia apabila mengalami kekalahan besar kepada Jerman di separuh akhir. Lebih memalukan, mereka tewas dihadapan penyokong mereka sendiri dan jika ingatkan kembali, ia seakan menjadi mimpi ngeri kepada pemain dan penyokong Brazil.

Bagai tidak menjadi apatah lagi ketika itu ‘captain’ mereka, Neymar tidak dapat diturunkan, dalam masa 30 minit awal perlawanan mereka sudah dibolosi 5-0 tanpa balas. Jerman mencatat kemenangan 7-1 ke atas Brazil di peringkat separuh akhir.

Jerman akhirnya muncul juara Piala Dunia 2014 setekah mereka mencuba dari tahun 2002. Piala Dunia 2018, Brazil mempunyai peluang untuk membalas dendam kepada Jerman di peringkat separuh akhir jika mereka muncul juara kumpulan dalam melepasi peringkat seterusnya.

Adakah sejarah 2014 akan berulang? Atau misi balas dendam akan tercapai? Segala-galanya akan terjawab sebaik bermulanya sepak mula Piala Dunia nanti.

 

Foto Kredit : beingsports(dot)com