Hari pertama HSBC Cobra 10’s yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan pasukan-pasukan pilihan menepati ramalan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Juara bertahan, Penguins dari United Kingdom tidak berdepan masalah selepas menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan A yang turut dianggotai pasukan Keris Conlay, Papatoetoe dan Aussie Legends. Turut menemani Penguins di saingan suku ahir Cup nanti ialah Papatoe yang muncul naib juara kumpulan A.

Penguins akan berhadapan dengan pasukan dari New Zealand, Massey RSC sementara Papatoetoe bertemu Borneo Eagles yang mengungguli kumpulan B dalam saingan suku akhir nanti. 2 lagi pencabar kumpulan B, ASAS dan NS Silverbacks terpaksa berpuas hati untuk bersaing dalam kategori bowl.

Dalam kumpulan C, pasukan Daveta muncul juara kumpulan selepas mencatat 2 kemenangan dan 1 seri untuk berhadapan pemenang tempat kedua kumpulan C, Ponsonby.

Tuan rumah, Cobra yang mendapat sokongan peminat tempatan pula berjaya mengungguli kumpulan D untuk menempah slot suku akhir bertemu lawan mereka dari Perancis, Froggies.

Cobra mudah menumpaskan Sabah Eagles 26-5, Casuarina Cougars 33-0 dan seri menentang Ponsonby. Perbezaan jumlah try bagaimanapun memastikan Cobra mengungguli tempat teratas kumpulan.

Melengkapkan jadual suku akhir bowl nanti ialah pertemuan NNK Northlink bertemu Sabah Eagles dan Casuarina Cougars menentang NS Wanderers.

Saingan suku akhir dijadualkan bermula jam 8.30 pagi di Stadium MBPJ. Peminat-peminat rugby tempatan dijemput hadir beramai-ramai. Masuk adalah percuma.