Connect with:




Jika sebut mengenai Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dua sukan yang cukup popular dimainkan disini pastinya sukan ragbi dan bola keranjang. Bagi bekas-bekas pelajar SBP, walaupun bukan lagi dalam zaman premier mereka sebagai bintang pasukan sekolah, kebanyakan mereka masih aktif bermain baik secara rekreasi mahu pun beraksi dalam liga sosial atau amatur.

Bagi mengembalikan kehangatan perseteruan sekolah-sekolah ini dalam sukan bola keranjang, Alumni Sekolah Seri Puteri sekali lagi akan menganjurkan kejohanan bola keranjang ‘Battle of SBP Alumni’ pada 27 dan 28 Julai ini di International School Kuala Lumpur.

Jika tahun lalu menyaksikan 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita mengambil bahagian, edisi kedua ini bakal melihatkan peningkatan kepada sekurang-kurangnya 20 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita.

Antara pasukan yang mengambil bahagian adalah STAROBA, MCOBA, TKCOGA, ASTA, Shah Pekan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejohanan ini, sila layari perkembangan semasa yang dibawakan oleh penganjur, Alumni PUTERI di laman instagram mereka Puterialumni.