Connect with:




Pasukan Belia dan Skuad Piala Presiden Pulau Pinang kini menghadapi kekangan kewangan untuk meneruskan persaingan pada tahun ini.

Ketika perlawanan Piala Belia antara Pulau Pinang menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang diadakan di Stadium USM semalam, ada segelintir penyokong Pulau Pinang yang bermurah hati melancarkan tabung untuk memberi sedikit sumbangan kepada FAP.

Hasil kutipan yang berjaya di kumpul sebanyak RM 280.20 telah di serahkan kepada pejabat FAP awal pagi tadi.
Pada 20 Februari 2018 yang lalu, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) telah mengadakan mesyuarat khas bersama semua ahli majlis persatuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu ini.

Kini menjadi tanda tanya adakah Pasukan Pulau Pinang dapat meneruskan persaingan dalam Kejohanan Piala Belia dan Piala Presiden atau sebaliknya akibat masalah kewangan ketika ini.

Masalah kewangan sangat bahaya bila ia mula melanda sesebuah pasukan kerana ketika inilah Bookie akan mula mengambil kesempatan ke atas pemain.

Kami mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik demi sukan bola sepak di Pulau Pinang.

Foto Kredit : FA Penang