Connect with:




Pasukan bola sepak remaja Indonesia, Akademi Bola Sepak RK dan Bandung Pro United telah mendominasi saingan RSC-Milo International Under-12 Soccer 7s yang telah berlangsung di Kelab Diraja Selangor Bukit Kiara pada Ahad lalu.

Kejohanan yang telah berlangsung selama 17 tahun berturut-turut ini berjaya menarik beberapa pasukan dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Korea, Australia, India, Sri Lanka dan banyak lagi.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada empat pasukan bagi setiap kumpulan. Setiap pasukan berpeluang untuk beraksi di pusingan kedua apabila penganjur memperkenalkan dua kategori iaitu ‘Cup’ dan ‘Plate’. Dua pasukan teratas mara ke pusingan separuh akhir dan pemenang berentap di perlawanan akhir

Anugerah khas kepada pemain yang menyerlah sepanjang kejohanan juga telah didominasi oleh pemain-pemain dari pasukan Indonesia.

Pemain terbaik kejohanan, Seva Ditya Rangga berkata, “Ramai pemain beraksi dengan baik. Namun, saya cukup gembira untuk menerima anugerah ini kerana saya telah memberikan persembahan terbaik di atas padang. Sudah tentu saya berterima kasih kepada jurulatih kerana banyak memberi motivasi kepada saya untuk beraksi dengan cemerlang! Saya juga dapat berkenalan dengan rakan baharu di sini.”

“Kita memandang serius dengan pembangunan bola sepak di Indonesia khususnya peringkat remaja. Pemain telah dipilih oleh pasukan pencari bakat yang banyak meninjau perlawanan membabitkan pemain-pemain remaja di Indonesia. Mereka yang berbakat dan berpotensi akan dibawa ke akademi dan didedahkan dengan latihan yang betul serta pendedahan untuk mencungkil potensi mereka.” kata jurulatih RK Football Academy, Ronny Remon.

“Sudah pasti kita akan datang lagi tahun depan untuk muncul juara,” ujar Ketua Jurulatih Bandung Pro United, Elda Harjoansyah. Beliau menambah kejohanan ini dianjurkan secara professional serta memberikan saingan yang cukup sengit kepada pasukan bertanding.

“Untuk edisi akan datang, kita akan tampilkan sesuatu yang baharu. Selepas 17 tahun, sudah pasti kita akan menetapkan matlamat yang tinggi selaras dengan tema pada tahun ini – Life With Goals,” tambah Sylvester Devaraj Anthony, Presiden Kelab Diraja Selangor.

 

Roll of honour – Plate
4th Place IRC Negeri Sembilan
3rd Place Remaja Shah Alam
Runner-up Penang Sports Club
Champion Subang Jaya Community Soccer
Roll of honour – Cup
4th Place PKNS
3rd Place Bintang Biru
Runner-up Bandung Pro United (Indonesia)
Champion RK Football Academy (Indonesia)
Special Awards
Best Player Seva Ditya Rangga (RK Football Academy)
Best Goalkeeper Muhammad Safwan Syafiq (Bintang Biru)
Top Scorer Seva Bernadine Setiadi (RK Football Academy)
Man of the Final Candra Rivaldi (RK Football Academy)