Connect with:




RM500,000 menanti pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sekiranya berjaya muncul juara Liga Perdana musim ini.

Habuan lumayan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap penaung Persatuan Bola Sepak PDRM (PBPDRM), Datuk Seri Zahid Hamidi dalam majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain pasukan The Cops musim 2018.

“Saya harap pasukan PDRM musim ini dapat memberi aksi yang terbaik. Sebanyak RM500,000 akan saya berikan sekiranya PDRM berjaya muncul juara Liga Perdana sekali gus naik ke Liga Super pada musim 2019. Jika muncul naib juara maka mereka hanya menikmati RM250,000.

“Untuk jurulatih Zulhamizan (Zakaria) sebanyak RM100,000 jika berjaya membawa pasukan menjuarai liga. Saya harap mereka tidak akan melepaskan peluang ini,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini hari ini.

Musim lepas The Cops sekadar menduduki anak tangga kelapan liga.

Mereka pernah muncul juara Liga Perdana pada 2014 dan 2007.