Connect with:




Skuad England yang memenangi tempat keempat dalam Piala Dunia 2018 di Rusia menerima banyak penghormatan setibanya pulang ke rumah mereka.

Ketua pasukan England salah seorang penerima hadiah tempat letak kereta.

Sebuah pasar raya tempatan di United Kingdom, Lidl telah meraikan pencapaian mereka dengan cara yang istimewa iaitu memberikan setiap anggota pasukan England ruang tempat letak kereta di kedai mereka.

Setiap ruang tersebut mempunyai lukisan muka pemain, bersama tagline ‘Always Dream Big’ dan nama kampung halaman mereka.

Nama dan muka penjaga gol England yang dilukid di tempat letak kereta tersebut.

“’Untuk usaha epik mereka di Rusia, kami telah menyusun setiap pasukan England (tidak lupa Gareth) ruang tempat letak kereta secara percuma di Lidl untuk mereka yang ingin masuk ke dalam kedai”, umu kenyataan Lidl di Twitter.

Foto Kredit: Twitter Lidl UK