Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyifatkan bahawa dia tidak pernah memilih pasangan terjunnya untuk kejayaan negara ke Sukan Komanwel dan sukan asia tahun hadapan.

 

Baginya, sesiapa sahaja boleh bergandingan besamanya dalam acara terjun, tetapi ianya memerlukan komitmen dan kerjasama yang tinggi untuk menghadapai kejohanan yang besar.

 

Dia juga menyerahkan semua kuasa tersebut kepada jurulatih untuk mengatur strategi untuknya bagi memastikan kejayaan di tiga kejohanan yang besar tahun hadapan.

 

Pandelela juga pernah bergandingan dengan penerjun senior negara seperti Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong, dia juga pernah bergandingan bersama penerjun muda, Gabriel Gilbert Daim yang menunjukkan kejayaan yang cemerlang buat negara.

 

Dia pernah mengalami kecederaan bahu dan bahagian belakangnya, namun dia menambah bahawa dia kini bebas dari kecederaan serta perlu mengekalkan kecergasan untuk memastikan kecederaan yang dialami tidak berulang.