Penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama di Kejohanan Akuatik Dunia Budapest, Hungary.

Mereka meraih pingat gangsa selepas mengumpu 328.74 mata dalam acara tersebut berlangsung.

Sementara itu emas telah dimenangi pasangan daripada China Ren Qian dan Si Yajie dengan kutipan mata sebanyak 352.56.

Manakala pasangan Korea Utara iaitu  Kim Mi Rae dan Kim Kuk Hyang membawa pulang pingat perak dengan 336.48 mata.