Selepas layak ke Piala Dunia Rusia 2018, Presiden Panama, Juan Carlos mengumumkan cuti kebangsaan negara itu bagi meraikan kejayaan yang paling dinantikan itu.

Sejarah tercipta apabila Panama buat kali pertama buat mereka apabila layak ke Piala Dunia.

Dalam kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 semalam, Panama menundukkan Costa Rica 2-1 dalam saingan akhir zon kelayakan CONCACAF.

“Hari ini adalah hari amat bersejarah buat negara. Esok (Khamis) akan menjadi hari cuti kebangsaan untuk sektor awam dan swasta,” kata Varela dalam akaun Twitter miliknya.

Kemenangan tersebut membolehkan Panama menamatkan saingan di kedudukan ketiga di bawah Mexico dan Costa Rica yang sekali gus menutup peluang Amerika Syarikat untuk ke Rusia tahun depan. – AFP

Foto Kredit: Hindustan time