Kejohanan Futsal Pan Wave 5 Fever  2012 edisi Sabah dan Sarawak merupakan sirkit  futsal yang julung kali diadakan di sekitar bandar-bandar utama di negeri Sarawak (Samarahan, Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching) dan termasuk satu sirkit yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan bermula pada bulan September tahun ini.

Menurut Wan Noor Rashiddyee Bin Abd Rasad selaku Pengarah Kejohanan edisi Sabah dan Sarawak,  Kejohanan Futsal Pan adalah inisiatif Pan Futsal Malaysia yang merupakan satu-satunya pengimport berdaftar untuk jenama Pan Futsal yang didatangkan khas dari negera Thailand. Beliau berharap keojahanan ini dapat menarik minat belia dan juga peminat sukan tanahair untuk melibatkan diri dalam kejohanan tersebut di samping memperkenalkan jenama Pan Futsal di pasaran Sabah dan Sarawak.

Penyertaan dibuka untuk semua yang berumur 15 tahun ke atas dan terdapat kelainan bagi kejohanan futsal ini di mana setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar 2 pemain bukan warganegara Malaysia. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM200.00 sahaja dan pihak penganjur mensasarkan minimum 64 pasukan bagi setiap sirkit yang akan diadakan kelak.

Pasukan yang menjadi johan sirkit akan membawa pulang wang tunai RM500 dan 8 pasang kasut futsal jenama Pan Wave5 sementara naib johan mendapat RM300.00 dan 8 pasang kasut futsal jenama Pan Wave Sensasi.

Pemenang tempat ke-3 dan ke-4 akan membawa pulang wang tunai RM200.00 serta barangan saguhati daripada Pan Futsal Malaysia.

Johan dan naib johan juga berpeluang beraksi di Grand Final di mana setiap pasukan akan memenangi tiket penerbangan pergi dan balik untuk Grand Final yang akan diadakan pada 3 dan 4 November 2012 bertempat di Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam.

Format FIFA Futsal akan digunakan sepanjang kejohanan ini dan untuk maklumat lanjut mengenai Kejohanan Futsal Pan Wave5 Fever Tournament edisi Sabah dan Sarawak boleh menghubungi Encik Wan Noor Rashiddyee di talian 013-3619377 atau layari laman facebook Pan Futsal Malaysia.