Pan Malaysia telah mengadakan satu sidang media dan ‘meet and greet’  bersama Pemain Futsal Kebangsaan Thailand yang juga merupakan duta Pan di Samba De Futsal, Petaling Jaya semalam.

Pemain itu dibarisi oleh Suphawut Thueanklang, pemain futsal terbaik di Asia, diiringi oleh kapten Kebangsaan Thailand, Kritsada Wongkaeo serta Jirawat Sornwichian and Mohammad Osamanmusa yang kedua-duanya merupakan pencatat terbaik Asia AFF dan Kejohanan Futsal AFC pada tahun 2016 dan 2017.

Menurut Pengarah Pan Malaysia, Niko Param, program ini diadakan khas untuk peminat futsal untuk menyertai perlawanan persahabatan bersama idola mereka dalam arena ini.

“Penglibatan remaja pada hari ini amatlah menggembirakan hati saya.

“Selain berseronok, program ini juga dapat menaikkan prestasi serta semangat kesukanan mereka yang tinggi.

Di samping itu, mereka juga mengadakan ‘coaching clinic’ untuk menunjukkan kemahiran mereka serta memberikan inspirasi buat peminat untuk mengubah corak permainan yang lebih baik dalam futsal.

Menyentuh mengenai kasut Pan, dikatakan penerimaan peminat sukan terhadap jenama Pan ini semakin meningkat naik kerana ramai dari kalangan tua dan muda yang sentiasa menyokong produk ini.

“Kualiti dan rekaan ini amat memuaskan hati mereka. Justeru itu, kami mengharapkan peminat sukan futsal akan terus memberi kepercayaan terhadap jenama ini dan kami akan sentiasa memberikan kualiti yang terbaik,”ujarnya.

 

Venue Partner :
@sambadefutsal_official
Host :
@fifyazmi
@khalieazmi
Lifestyle shoe Sponsors :
@dev.thailand
Pan ambassadors from Malaysia :
@zharil
@yap.jalal
@hakimrahman
@apan_naa
@arifjohan
@muhd_aliff2