Connect with:




Hasrat peminat untuk melihat Sarena Williams menentang Maria Sharapova untuk merebut slot ke suku akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris tidak kesampaian apabila beliau terpaksa menarik diri dari meneruskan permainan akibat kecederaan.

Sarena Williams yang berehat panjang ketika dan kembali menyertai kejohanan selepas kelahiran anaknya dilihat bergelut dalam beberapa kejohanan sebelum ini. Namun penampilan beliau kali ini menjadi tarikan kepada orang ramai dengan memperagakan gaya seperti dalam filem Wakanda.

Pertemuan mereka dua ini sudah pasti menarik perhatian para peminat untuk melihat bekas pemain nombor 1 dunia ini beraksi di atas gelanggang serta melihat siapa yang lebih hebat namun ia tidak menjadi kenyataan.

Ini juga memberi kelebihan kepada Maria Sharapova untuk bermain di suku akhir nanti apabila mempunyai rehat yang cukup berbanding lawannya. Maria akan menentang pemain nombor tiga dunia, Garbine Muguruza untuk menentukan siapa akan layak ke separuh akhir.

Foto Kredit : metro(dot)co(dot)uk