Connect with:




diFoto Kredit : sukanmalaysia.my

Skuad Dollah Salleh berpeluang untuk membalas dendam apabila mereka di undi bertemu juara Piala FA, Kedah di pusingan ketiga dan pertemuan kedua-dua pasukan ini ibarat ulangan ‘final’ tahun lepas yang menyaksikan Kedah muncul juara menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.

Pahang akan menerima kunjungan juara Piala FA musim lepas di halaman sendiri dan sudah tentu ini memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Pahang yang bermain di hadapan penyokong setia mereka.

Bagi pasukan Kedah, mereka sudah tentu ingin melakukan yang terbaik untuk layak ke suku akhir kerana mereka sedar bukan mudah bermain di tempat lawan apatah lagi ini adalah perlawanan yang tidak ada timbal balik.

Pahang layak ke pusingan ketiga setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia 2-1 dan Kedah pula terpaksa berhempas pulas sehingga masa kecederaan sebelum menang 1-0 ke atas Negeri Sembila.

Tahun ini, mereka belum bertemu lagi di mana-mana kejohanan dan ini merupakan pertemuan pertama mereka dalam saingan Piala FA. Tahun lepas mereka bertemu sebanyak tiga kali yang menyaksikan Kedah memenangi 2 dari 3 pertemuan itu.

Mampukah Pahang menyekat hajat Kedah untuk untuk mara ke suku akhir atau keputusan akan jadi sebaliknya? Perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mac ini.

Foto Kredit : fb Pahang FA