Ekoran daripada keengganan pasukan Pahang untuk  beraksi dalam Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan, akhirnya mereka dilarang untuk memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

 

Jadi, skuad Pahang dilarang untuk memasuki Piala AFC bagi tahun 2019 dan 2020 walau mereka layak untuk ke Piala AFC.

 

Skuad Tok Gajah dilihat telah melanggar Artikel 14 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana mengingkari arahan badan induk untuk Pahang bermain dalam kejohanan Piala AFC.

 

Mengikut peruntukkan statut FAM, Artikel 14 Status FAM – obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

 

Sebelum ini, Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah.

 

Bagaimanapun, PBNP menolak tawaran itu dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada pertandingan domestik.