Connect with:




 

Tular di media sosial ketika ini berkenaan video atlet papan seluncur (skateboard) negara, Fatin Syahiran di Sukan Asia di Indonesia.

Fatin gagal menampilkan persembahan yang bertenaga dan meyakinkan sehingga mendorong netizen mengecamnya di laman sosial. Lebih parah, Fatin menjadi mangsa buli yang akhirnya membuatkan dirinya memadam kesemua gambar di laman instagram miliknya.

Perkembangan ini mendapat maklum balas dari lagenda skateboard negara, Pa’din Musa.

Seorang lagi lagenda skateboard negara, Joe Ipoh turut berada di Palembang bagi memberi sokongan sebagai seorang jurulatih.

Joe turut berkongsi video sesi latihan Fatin yang jelas menunjukkan atlet muda ini sebenarnya berkemampuan melakukan skill-skill menarik.

Namun mungkin akibat kegugupan beraksi di pentas yang pentas, Fatin gagal melaksanakan tugasan dengan baik. Bagaimanapun kegagalan tersebut bukanlah satu alasan untuk netizen mengecam dan membulinya di laman sosial.

Sebaliknya, berilah semangat untuk Fatin bangkit pada masa hadapan. Lebih baik semangat ‘keyboard warrior’ ini disalurkan dalam peperangan maya menentang tuan rumah yang jelas suka mencari provokasi murahan.

 

FOTO KREDIT: (Xinhua/Cheng Min)