Penyerang sensasi, Pierre-Emerick Aubameyang telah digugurkan oleh Borussia Dortmund dalam aksi menentang VfB Stuttgart esok atas masalah disiplin.

Ini bukan kali pertama kapten Gabon itu ‘buat hal’ selepas berdepan tindakan kelab pada tahun lalu kerana pergi ke Itali tanpa meminta kebenaran.

Aubameyang telah meledak 10 gol dalam 11 penampilan pada musim ini namun mengalami kemarau gol selepas gagal untuk membuat jaringan dalam lima perlawanan terakhir Der BVB dalam semua pertandingan.  

 

FAKTA TENTANG AUBAMEYANG

·         Ibarat seperti harimau bintang apabila berlari, Aubameyang telah menarik perhatian Usain Bolt selepas mencatat 30 meter dalam masa 3.7s.

·         Jika Jose Mourinho digelar ‘The Special One’ maka Aubameyang layak digelar ‘The First One’ kerana bilangan rekod yang dicapainya terlebih dahulu.

·         Merupakan pemain Gabon yang pertama untuk bermain di Liga Jerman malah menjaringkan hatrik dalam penampilan sulungnya buat Dortmund.

·         Aubameyang juga merupakan satu-satunya pemain Gabon untuk menjaringkan gol di Olimpik pada 2012.

·         Dia adalah anak kepada bekas kapten Gabon, Pierre Aubameyang.

 

 

Foto Kredit: Twitter (Aubameyang P-E)