Connect with:




Akibat lupa membawa duit syiling, persatuan bola sepak Inggeris (FA) menggantung pengadil David McNamara selama tiga minggu selepas dia meminta dua kapten untuk bermain permainan’ batu, gunting, kertas bagi menentukan perlawanan sebelum sepak mula.

Memetik media British, kejadian itu berlaku pada perlawanan Super League (WSL) Wanita di halaman Manchester City ketika mementang Reading pada 26 Oktober dan membabitkan kapten pasukan England, Steph Houghton dan Kirsty Pearce.

Dalam pada itu, FA menegaskan duit syiling sememangnya perlu ada untuk mementukan sesuatu keputusan siapa yang memulakan perlawanan dan ianya termaktub dalam syarat di bawah Undang-Undang Permainan sebaliknya McNamara meninggalkan duit syilingnya di bilik persalinan dan membenarkan kapten bermain batu, kertas, gunting.

“FA mengesahkan bahawa pengadil David McNamara telah digantung selama 21 hari, bermula dari hari Isnin 26 November, selepas menerima tuduhan ‘tidak bertindak dengan baik demi kepentingan dalam perlawanan,” petik jurucakap FA.

“Ini susulan insiden dalam perlawanan FA WSL antara Manchester City dan Reading pada hari Jumaat 26 Oktober apabila dia gagal menentukan pasukan mana yang akan memulakan perlawanan dengan melemparkan duit syiling, seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang permainan.”

McNamara, yang berhak merayu terhadap penggantungannya oleh FA akan dapat kembali bertugas bermula 17 Disember. – REUTERS