Connect with:




Gara-gara mengkritik mutu pengadilan pengadil, pengendali Liverpool Jurgen Klopp dikenakan denda 45,000 pound (RM239,540) oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris selepas perlawanan menentang West Ham yang berakhir dengan seri 1-1, awal bulan ini.

Dalam insiden yang berlaku di Stadium London itu, Klopp membuat tuduhan ke atas Kevin Friend yang lebih memihak kepada West Ham selepas dia sebenarnya tidak patut membenarkan gol pembukaan Sadio Mane pada minit ke-22 kerana James Milner yang membuat hantaran sudah terlebih dahulu ofsaid.

Hal ini menyebabkan Friend didakwa bersikap berat sebelah dalam baki perlawanan selepas itu sehingga terhasilnya gol penyamaan.

“Jurgen Klopp didenda selepas menerima tuduhan yang dijatuhkan ke atasnya oleh FA England susulan kritikanyang dibuatnya ketika aksi Liverpool menentang West Ham United pada 4 Februari lalu,” menurut FA dalam satu kenyataan.

“Beliau mempersoalkan kredibiliti dan intergriti perlawanan yang disifatkan sebagai berat sebelah.”

Terdahulu, Klopp turut didenda 8,000 pound (RM42,000) akibat tindakannya yang terus meluru masuk ke dalam padang seterusnya meraikan kemenangan lewatnya bersama penjaga golnya, Alisson Becker ke atas Everton di Anfield. – AFP

Foto: Liverpool FC