Connect with:




Keputusan Jurgen Klopp menurunkan skuad keduanya membawa padah apabila Liverpool tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tumbang 1-2 kepada Wolves, awal pagi tadi.

Biarpun Divock Origi bangkit daripada ketinggalan 0-1 di awal babak kedua, namun ia tidak cukup menyekat pasukan tuan rumah yang berjaya merobek gawang gol di setiap babak pelrawanan menerusi jaringan Raul Jimenez dan Ruben Neves.

Dalam pada itu, Klopp mengambil pendekatan berbeza dengan melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama pasukannya selepas rekod kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris berjaya dileburkan Manchester City.

“Saya turunkan pemain yang terbaik. Kami tidak berada di sini untuk menjadi pemegang rekod dunia baru untuk pasukan termuda. Ianya bagus saya dapat melihat persembahan mereka.

“Percayalah, mereka bermain jauh lebih baik daripada yang mereka lakukan malam ini. Mereka berjaya tetapi mereka boleh melakukan lebih baik. Hari ini mereka melakukan kerja dan ianya OK,” katanya.

Sehubungan itu, ketiadaan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane, sememangnya merencatkan corak permainan Liverpool.

Wolves pula bijak menggunakan peluang menerusi Nerves yang berjaya melengkapkan kemenangan pasukan selepas pemain Portugal itu melakukan percubaan jarak jauh yang hebat pada jarak 30 kaki untuk menumpaskan Mignolet.

Hal ini sekaligus menyaksikan Liverpool menghadapi kekalahan kedua berturut-turut dalam masa lima hari selepas mereka tumbang kepada Manchester City  dan Klopp perlu menjulang trofi liga pertama dalam tempoh 29 tahun atau Liga Juara-Juara untuk mengelak daripada badi empat tahun tanpa sebarang gelaran.

Foto: Jon Super/ AP