Connect with:




Gara-gara gagal mengawal tingkah laku pemain mereka pada aksi Derby dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris mengumumkan Arsenal dan Tottenham Hotspur masing-masing didenda dengan jumlah keseluruhan 95,000 pound (RM504,597).

“Arsenal dan Tottenham Hotspur masing-masing didenda sebanyak 45,000 pound (RM238,990) dan 50,000 pound (RM265,545) selepas kedua-dua kelab mengakui gagal mengawal tingkah laku pemain mereka,” kata kenyataan FA Inggeris.

Kontroversi melanda apabila reaksi ‘hangat’ sambutan gol yang ditunjukkan Eric Dier selepas menjaringkan gol menimbulkan rasa kurang senang terhadap pihak lawan sehingga berlaku kekecohan dengan pemain simpanan Arsenal yang berang dengan tindakan itu.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal menang bergaya 4-2  ke atas Spurs.

Turut menjadi isu adalah aksi di Stadium Emirates yang menyaksikan penyokong Spurs melontar kulit pisang selepas Aubameyang menjaringkan gol.

Susulan kejadian berkenaan, pihak polis turut menahan empat laki yang dipercayai dalang dalam insiden itu.

Pada perlawanan awal pagi semalam pula, perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan juga menjadi heboh apabila tonggak Spurs, Dele Alli terkena balingan botol daripada penyokong selepas dia meledakkan gol kedua.

Individu berkenaan sudah pun dikenakan tindakan dan hukuman.

Foto: Sky News