Connect with:




Seorang ahli gusti dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku di kepala akibat lemparan “blok konkrit” dari pihak lawan.

Dalam kejadian berkenaan, Cuervo, ahli gusti Puerto Rico yang berlawan di Mexico, tidak sedarkan diri selepas serangan ‘kejam’ dari lawannya, Angel o Demonio sehingga diklasifikasikan sebagai perlawanan “deathmatch”.

Perlawanan ‘brutal’ itu menyaksikan Cuervo berulang kali memukul Demonio dengan kerusi keluli sebelum Demonio berundur ke kawasan belakang dan mengambil blok konkrit berkenaan.

Cuervo (The Raven) yang sedang leka mencari objek keras di bawah gelanggang, tidak menyedari Demonio (Malaikat atau Demon) yang ganas terus membaling batu teersebut ke arah kepalanya dari dalam gelanggang.

Menurut  laman status Facebook Cuervo, 44, atau nama sebenar Jaime Correa memberitahu pembedahan berkenaan kemudian dikatakan berjalan dengan lancar dan perlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Komanwel Tinju dan Gusti Mexico telah mengenakan hukuman pergantunggan beberapa bulan ke atas  Demonio, 54, atau nama sebenar Héctor González, kerana tindakannya yang dianggap boleh mengancam nyawa orang lain.

Dia bagaimanapun meminta maaf kepada komuniti gusti dan mengakui tersilap baling sebaliknya dia ingin melemparkan batu itu kearah belakang badan.

Tindakannya ini turut menerima kecaman dari ahli gusti professional dunia termasuk legenda, Kurt Angle dan Bubba Ray Dudley.