Connect with:




Ketua jurulatih skuad bawah 15 kebangsaan, P.Maniam akhirnya telah menamakan 23 pemain untuk dibawa bagi menggalas cabaran Kejuaraan B15 AFF 2019 di Chonburi, Thailand bermula 26 Julai hinggas 10 Ogos ini.

Dua pemain dari skuad yang muncul juara CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019 semalam telah digugurkan – Irfan Shakimi Shahrizal akibat kecederaan dan Raja Muhammad Haikarl Raja Mohammad Zahari.

Di Chonburi nanti, skuad B-15 kebangsaan, yang diundi dalam Kumpulan B, akan bertemu Brunei DS dalam aksi pembuka tirai pada 28 Julai 2019 (Ahad) sebelum berdepan pasukan Kemboja pada 30 Julai 2019 (Selasa), Australia pada 1 Ogos 2019 (Khamis), Laos pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) dan tuan ruman, Thailand pada 5 Ogos 2019 (Isnin) dengan semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium IPE, Chonburi.

Jika layak, perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 7 Ogos 2019 (Rabu) manakala perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga/keempat akan diadakan pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) di venue yang sama.

Berikut senarai 23 pemain skuad U15 negara: