Connect with:




Mesut Ozil menunjukkan reaksi menakjubkan apabila mengutip roti yang dibaling oleh penyokong Atletico Madrid ke arahnya lalu mencium roti tersebut dan letakkan di tepi padang.

Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa antara Arsenal dan Atletico Madrid di Emirates.

Pemain tengah kreatif Jerman itu melihat roti yang dibaling ke arahnya sebelum mengambil roti tersebut dan mengifitnya. Dia juga menerima sorakan daripada peminat Arsenal dan Atletico selepas kejadian tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, anak buah Diego Simeone terpaksa bermain dengan 10 orang pemain hampir sepanjang perlawanan setelah pemainnya mengutip kad merah.

Walaubagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat Atletico dan Arsenal mengambil peluang tersebut dengan mengasak bertubi-tubi ke gawang Atletico. Mujur Jan Oblak berjaya menyelamatkan banyak percubaan sebelum bolos melalui tandukan Alexander Lacazette.

Lapan minit sebelum tamat permainan, Antoine Griezmann menjadi wira Atletico selepas berjaya menjaringkan gol sekali gus memberikan kelegaan buat anak buah Simeone.

Dengan kelebihan jaringan di tempat lawan, Atletico mempunyai peluang untuk melangkah ke final manakala anak buah Wenger mesti menjaringkan gol di Wanda Metropolitano, Khamis depan.

Foto Kredit : thesun(dot)co(uk)