Connect with:




Pemain tengah Arsenal menyifatkan bahawa dia lebih cenderung untuk memilih Manchester United sebagai pasukan barunya berbanding Barcelona andai dia meninggalkan The Gunners beberapa bulan lagi.

 

Bos Arsenal, Arsene Wenger juga belum membuat sebarang rundingan bersama pemain dari Jerman itu mengenai perpindahannya.

 

Dia juga menolak kontrak baharunya yang bernilai £235,000 (RM1.3 juta), malah dia turut menceritakan beberapa rakan pasukan bahawa dia mencari peluang untuk berpindah ke Old Trafford.

 

Ozil mahukan pendapatan sebanyak £300,000 (RM1.6 juta) dengan bos The Red Devils, Jose Mourinho sedang menilai situasi pemain terbabit kerana mahu merombak skuadnya di Old Trafford.

 

Foto: Metro.co