Penjaga gol berpengalaman Juventus, Gianluigi Buffon ternyata masih mempunyai aura tersendiri apabila membantu pasukannya memenangi perlawanan ke atas Atalanta 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Itali.

Biarpun tidak beraksi hampir sebulan lebih, Buffon ternyata berada di kelas tersendiri dan membuktikan bahawa beliau masih mampu bermain pada usia sebegitu. Dalam perlawanan itu, Buffon berjaya menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan.

Jaringan tunggal Juventus dijaringkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-3 perlawanan sudah cukup untuk membawa bekalan gol tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua nanti pada 28 Februari yang akan bermain di tempat Juventus.

Ia satu perkara yang hebat apabila seseorang pemain tidak bermain dalam jangka masa panjang masih lagi boleh ‘perform’ apatah lagi dengan usia beliau sebegitu.

Foto Kredit : footballpremium(dot)com