Connect with:




Entah apa masalahnya dengan pengurusan penjualan tiket setiap kali ada perlawanan atau kejohanan antarabangsa dilangsungkan di Malaysia.

Tahun lalu ketika berlangsungnya Sukan SEA, beberapa insiden kekecohan melibatkan penjualan tiket berlaku. Kali ini bersempena Kejohanan AFC Bawah 16 tahun, berlaku lagi kekecohan.

Semuanya gara-gara ketidakcekapan pengurusan tiket yang hanya membuka beberapa kaunter sedangka ramai yang beratur untuk membeli tiket.

Mengeruhkan lagi situasi, hanya satu pintu pagar dibuka. Kekecohan berlaku dengan ramai yang masih belum daoat memasuki stadium walaupun perlawanan sudah berlangsung hampir 20 minit.

Akhirnya, bagi meredakan ketegangan, FAM menerusi campur tangan Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam serta Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq mengarahkan pintu pagar dibuka dan orang ramai yang masih belum memiliki tiket dapat memasuki stadium secara percuma.

Dalam perlawanan petang tadi, Malaysia tumpas 2-4 kepada Thailand sekaligus menyukarkan laluan untuk ke suku akhir. Malaysia akan menentang Jepun dalam perlawanan terakhir kumpulan A di Bukit Jalil pada Rabu ini.

Foto:KBS