Connect with:




Jenama ONE Championship cukup dikenali dengan sukan mix martial arts (MMA). Semakin meluaskan empayar, ONE juga tidak mahu ketinggalan untuk memasuki satu lagi cabang sukan baharu yang semakin popular iaitu e-sukan.

Baru-baru ini, ONE mengumumkan Carlos Alimurung yang sebelum ini bersama dengan penganjur e-sukan terkemuka iaitu Battlefy dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE-Esports.

Beberapa siri pertandingan e-sukan juga akan dilangsungkan dalam kalendar 2019-2020. Bersempena dengan penganjuran acara ke-100 ONE yang akan diadakan di Tokyo, Jepun pada 13 Oktober nanti, ONE Esport akan mengadakan ONE Tekken Tokyo Invitational dan ONE Street Fighter Tokyo Challenge pada 5 hingga 6 Oktober ini.

Setiap kejohanan menampilkan pertarungan 3 lawan 3 antara komuniti ‘fighting gamers’ menentang 9 pemain terbaik dunia dalam permainan jenis pertarungan.

Selain itu, ONE ESports turut akan menganjurkan Dota 2 Wolrd Pro Invitationals yang disertai barisan pasukan terkemuka dunia. Ia akan dianjurkan pada 20-22 Disember ini di Stadium Tertutup Singapura.

ONE Dota 2 Jakarta World Pro Invitational pula akan berlangsung 17-19 April tahun hadapan.

Kedua-dua kejohanan besar ini akan menawarkan hadiah lumayan wang tunai berjumlah USD 500 ribu.

ONE Esports juga akan turut mengumumkan beberapa lagi siri acara e-sukan mereka sehingga 2020 dalam beberapa bulan akan datang.