pop

 

Johan dunia bagi percubaan masa pasukan, Omega Pharma-Quick Step (OPQS) akan membuat penampilan kali pertama pada kejohanan lumba basikal berprestij Malaysia tahun ini, Le Tour de Langkawi (LTdL).

Menyifatkan pasukan itu sebagai Ferrari dalam perlumbaan Formula One, ketua
pegawai operasi LTdL Emir Abdul Jalal dalam satu kenyataan hari ini berkata
penyertaan mereka dalam LTdL satu penghormatan yang besar.

“Bila anda lihat pada pencapaian Omega Pharma-Quick Step pada seluruh musim,
ia satu penghormatan besar bagi negara kita bila mereka berlumba di Malaysia,”
kata beliau.

Kapten tim road Serge Pauwels berkata perlumbaan itu penting bagi mereka
memulihkan prestasi berikutan kurangnya perlumbaan lumba basikal tahun lepas.

“Perlumbaan 10 hari di Malaysia adalah tepat buat kami, walaupun kebanyakan
kami tidak begitu mengetahui mengenai negara ini kecuali semasa kami singgah di
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke
Australia.

“Bila saya berlumba untuk Cervélo pada 2009, saya dengar banyak komen
positif dari rakan pasukan saya mengenai Le Tour de Langkawi,” beliau disebut
sebagai berkata dalam satu kenyataan.

LTdL 2013, dengan slogan “The Heat is On”, akan bermula dengan rasmi di
Kangar, Perlis pada 21 Feb. Perlumbaan itu terdiri dari 10 peringkat, meliputi jarak 1469.7 kilometer. – BERNAMA